Koleksi Kad Ucapan Hari Guru – 5 Hadis dan Islamik

Guru adalah seorang insan yang mulia dan tinggi kedudukannya. Di dalam al-Quran dan juga hadih Nabi SAW banyak menceritakan akan galakan untuk menuntut ilmu dan salah satu wasilah atau caranya adalah dengan berguru.

Setiap yang diajar itu akan mendapatkan pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.

Marilah sama-sama pada hari yang penuh bermakna ini, kita mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Ini kerana, Allah SWT kerana telah mengangkat martabat seorang guru dan pendidik yang benar-benar ikhlas menyampai ilmu dengan kedudukan yang tinggi.

Semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kekuatan kepada para guru dan mengampunkan dosa-dosa kepada mereka yang telah pergi.

Koleksi Kad Ucapan Hari Guru - 5 Hadis dan Islamik

Pertama: Kad Ucapan Hari Guru

مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ

“Sesiapa yang berbuat kepada kamu kebaikan maka balaslah. Jika kamu tidak mempunyai sesuatu untuk membalasnya, maka doakanlah dia, sehingga kamu merasakan bahawa kamu sudah membalasnya.” – Hadis Riwayat Abu Daud (1672)

Koleksi Kad Ucapan Hari Guru - 5 Hadis dan Islamik

Kedua: Kad Ucapan Hari Guru

وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”.- Hadis Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157

Ketiga

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. – Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609

Keempat


أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Maksudnya: “Ketahuilah ! sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar”. – Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244

Kelima

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”. – Hadis Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236

Koleksi Kad Ucapan Hari Guru - 5 Hadis dan Islamik

Carian Berkaitan: Koleksi Kad Ucapan Hari Guru – 5 Hadis dan Islamik