Format – Beza Karangan Ucapan, Syarahan dan Ceramah

Karangan Ucapan

  • Karangan jenis ucapan dimulakan dengan kata alu-aluan. Kata alu-aluan hendaklah disusun mengikut protokol atau tingkat kedudukan (pangkat) masing-masing.
  • Isi karangan ucapan selalunya memberikan penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan, dan perangsang kepada para hadirin. Ia dimulakan dengan ucapan penghargaan, menyatakan tujuan ucapan, dan kemudannya disusuli dengan isi-isi yang ingin diketengahkan dalam ucapan tersebut.
  • Kata-kata penghadapan ditegaskan untuk menarik perhatian, seperti hadirin yang dihormati dan sebagainya
  • Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan unsur-unsur humor serta kiasan, pantun, atau peribahasa bagi menjadikan ucapan menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.
  • Penutup bertujuan untuk menyatakan terima kasih dan harapan. Ucapan penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan, dan disudahi dengan ucapan penghargaan dan salam kepada para hadirin.

Karangan Syarahan

  • Karangan jenis ini memerlukan murid untuk menyampaikan informasi tentang sesuatu perkara yang ditentukan kepada kelompok tertentu.
  • Terdapat dua jenis karangan syarahan, iaitu karangan syarahan biasa dan karangan syarahan untuk tujuan pertandingan.
  • Dalam karangan syarahan biasa, anda diminta untuk menyampaikan syarahan bersempena dengan sesuatu majlis. Manakala karangan syarahan untuk tujuan pertandingan pula, anda menyertai pertandingan tersebut dengan tajuk syarahan yang telah ditentukan secara khusus.
  • Mulakan karangan dengan mengutarakan isi mengikut kehendak tajuk. Kembangkan isi tersebut dengan mengemukakan contoh yang bersesuaian. Penggunaan kosa kata autentik atau peribahasa boleh dijadikan suatu kelebihan kerana ia mampu menarik minat pendengar terhadap syarahan tersebut.
  • Selain itu, karangan berbentuk syarahan akan menjadi lebih menarik jika dimasukkan statistik daripada pihak berwajib bagi mengukuhkan lagi fakta yang dikemukakan. Penggunaan pepatah lama seperti pantun pada akhir penutup syarahan juga mampu menjadikan sesebuah karangan syarahan itu menarik dan memberi impak kepada markah.

Baca: Rumi – Doa Agar Selamat Daripada Fitnah dan Penawar Sihir

Karangan Ceramah

  • Karangan jenis ceramah ini memerlukan murid untuk menyampaikan informasi tentang sesuatu perkara yang ditentukan kepada kelompok tertentu.
  • Kebiasanya, soalan akan menyatakan murid diberikan sesuatu jawatan dan diminta untuk menyampaikan ceramah berdasarkan pengetahuan dalam jawatan yang disandang. Sebagai contoh, anda sebagai Ketua Persatuan Penduduk diminta untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan remaja tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.
  • Sebagai penceramah, murid mestilah menguasai perkara atau isi yang dikemukakan. Oleh itu, sebelum memilih soalan berformat ceramah ini, murid haruslah memastikan diri mempunyai maklumat tentang perkara yang ingin dikemukakan.
  • Utarakan isi yang bersesuaian dengan kehendak tajuk dan huraikan isi tersebut dengan mengemukakan contoh yang bersesuaian. Penggunaan kosa kata autentik atau peribahasa boleh dijadikan suatu kelebihan kerana ia mampu menarik minat pendengar terhadap syarahan tersebut.
  • Selain itu, karangan berbentuk syarahan akan menjadi lebih menarik jika dimasukkan statistik daripada pihak berwajib bagi mengukuhkan lagi fakta yang dikemukakan. Penggunaan pepatah lama seperti pantun pada akhir penutup syarahan juga mampu menjadikan sesebuah karangan syarahan itu menarik dan memberi impak kepada markah.