Cuti Sempena Israk Mikraj: Ucapan, Amalan, Tarikh, Doa

Tarikh Israk Mikraj 2025

Peristiwa agung Israk Mikraj disambut pada 27 Rejab 1447 Hijrah setiap tahun. Ia merupakan antara peristiwa penting bagi umat Islam dimana, Nabi Muhammad saw menerima perintah secara langsung daripada Allah swt untuk menunaikan kewajipan solat fardhu 5 waktu sehari semalam.

Maksudnya: “Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jugalah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

Surah al-Isra’ 17:1

Cuti Umum Sempena Israk Mikraj

Di Malaysia, terdapat 4 negeri yang menetapkan cuti umum sempena peristiwa Israk Mikraj ini. Negeri tersebut ialah

  • Kedah
  • Perlis
  • Terengganu
  • Negeri Sembilan

Rujukan: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/pdf/hari_kelepasan_am/hka_2024.pdf

Makna Israk Mikraj

Apakah yang dimaksudkan dengan Israk Mikraj? Istimewanya, pengertian Israk Mikraj boleh membawa maksud dua perjalanan Nabi Muhammad SAW.

Israk – Perjalanan peringkat pertama di bumi, bermula dari Mekah ke Masjid al-Aqsa yang terletak Baitul Maqdis, Palestin.

Mikraj – Perjalanan peringkat kedua iaitu bermula dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha iaitu langit ketujuh yang merupakan tempat tertinggi.

“Dan sesungguhnya Muhammad melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain. (iaitu) di Sidratul Muntaha. Dekatnya ada syurga tempat tinggal. (Nabi Muhammad melihat Jibril) ketika di Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Nabi Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.”

Surah al-Najm: 13-18
Cuti Sempena Israk Mikraj: Ucapan, Amalan, Tarikh, Doa

Baca: 22 Ucapan Israk Mikraj 2024 -Hadis, Ayat al Quran (Bergambar)

10 Ucapan Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj merupakan sebuah kembara penuh hikmah. Dalam kembara ini, Allah swt telah memperlihatkan tanda-tanda kebesaran dan keagungan-Nya di langit dan di bumi, supaya baginda SAW merasakan bahasa segala kekuatan yang ada di bumi adalah kecil dan remeh berbanding kekuatan Allah swt yang menciptakan langit, bumi, syurga, neraka dan segala isi-isinya.

Bersama ini disertakan beberapa ucapan yang boleh dikongsikan bersempena dengan hari memperingati peristiwa agung ini.

  • Salam Israk & Mikraj 27 Rejab. Sebuah Perjalanan Suci dan Agung Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam Rasullullah dari Kota Mekah ke Baitul Maqdis menuju ke Sidratul Muntaha. Memperingati Israk Mikraj sama seperti mengingati bagaimana kekuasaan Allah yang Maha Agung atas dunia ini dan bagaimana sejarah solat lima waktu pertama kali diperintahkan. Jom kita banyakkan berselawat ke atas nabi dan berzikir memuji kebesaran Allah. Semoga segala ibadah kita semua diterima & diberkati oleh- Nya, aamiin aamiin Ya Rabb
  • Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam di negara ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat umat semesta alam. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dan pengajaran melalui peristiwa agung perjalanan Nabi Muhammad SAW ini, insya-Allah
  • Firman Allah swt, maksudnya: “Cahaya di antara cahaya. Allah SWT membimbing siapa yang Dia kehendaki menuju cahaya” (Surah An-Nur : 24 : 35). Mari jadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai dorongan bagi kita untuk memperbanyakkan melakukan amal kebaikan dan beribadah kepada Allah SWT dengan seikhlasnya. Salam Israk Mikraj
  • Kepada semua muslimin dan muslimat, marilah sama-sama kita menghayati makna dan ruh di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj agar kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan akhirat. Pada setiap 27 Rejab, umat Islam biasanya akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, takzirah dan sebagainya. Mudah-mudahan penghayatan terhadap peristiwa Israk dan Mikraj mampu menjadikan kita manusia yang sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Insya-Allah.
  • Salam Israk Mikraj kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya. Semoga dengan penghayatan daripada peristiwa Israk Mikraj ini menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah.
  • Bismillah dan Assalamualaikum. Salam Israk Mikraj pada semua umat Nabi Muhamad SAW. Sama-sama kita luangkan masa untuk muhasabah diri. Alhamdulillah, syukur di atas skrip-skrip yang telah ditetapkan kepadaku Ya Allah.
  • Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperintahkan kewajipan ibadah solat lima waktu kepada umat Baginda Rasul. Perjalanan Israk Mikraj ini perlu dijadikan iktibar dan panduan hidup kepada seluruh umat Islam terutama mendirikan solat dengan sempurna, bersihkan hati dari sifat mazmumah termasuk ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tugas. Marilah kita mengambil ibrah dari peristiwa ini dengan penuh penghayatan dan ketakwaan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
  • Salam Israk Mikraj buat semua umat Islam. Saya percaya peristiwa besar perjalanan penuh mukjizat Rasulullah SAW ini dapat dihayati sebaik-baiknya agar kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT dunia dan akhirat. Semoga peristiwa Israk Mikraj menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah.
  • Semoga kita terus memperingati dan menghayati peristiwa agung ini sebagai dorongan untuk memperbanyak amal kebaikan dan beribadah. Salam Israk Mikraj kepada semua umat Islam.

Doa Israk Mikraj (Rumi)

Salam Rejab. Kita akan memasuki bulan Allah yang penuh berkat dan rahmat. Rejab adalah pintu ke maghfirah dan taubat, mengingatkan kita pada peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan. Di dalamnya, Allah memuliakan hamba-Nya yang memuliakan Rejab.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kita dalam bulan Rejab yang penuh berkah ini.

Sambutlah dengan hati yang bersih, dan berdoa agar kita diberkati di sepanjang perjalanan bulan yang penuh berkah ini. Semoga setiap langkah kita di bulan ini mendekatkan kita kepada kebaikan, dan dengan izin-Nya, kita akan memasuki bulan yang mulia ini dengan penuh keberkatan.

اللهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ بِمُشَاهَدَةِ أَسْرَارِ الْمُحِبِّيْنَ، وَبِالْخَلْوَةِ الَّتِي خَصَّصْتَ بِهَا سَيِّدَ الْمُرْسَلِيْنَ، حِيْنَ أَسْرَيْتَ بِهِ لَيْلَةَ السَّابِعِ وَالْعِشْرِيْنَ، أَنِ ارْحَمْ قَلْبِي الْحَزِيْنَ، وَتُجِيْبَ دَعْوَتِي يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan bertawassul dengan penyaksian rahsia-rahsia para pencinta-Mu, dan dengan khalwat (pertemuan tersembunyi) yang Engkau khususkan kepada Nabi Muhammad saw, sewaktu Engkau menjemput baginda saw naik ke langit pada malam 27 Rejab, maka rahmatilah hatiku yang gundah, dan kabulkanlah doaku ini, wahai Yang Maha Pemurah.