(51) Koleksi Pantun Raya – Selamat Hari Raya Terkini & Bergambar

Cantik bergaya berkain satin,
Cuaca gelap menuju pekan;
Sempena raya maaf zahir batin,
Salah dan silap harap ampunkan.

Malam raya pasang pelita,
Suasana indah sekeliling kampung;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Meriahkan Aidilfitri dengan saling berkunjung.

Senyum terukir cantik sepadan,
Tiada kata masih terkawal;
Sepuluh akhir berbaki Ramadan,
Gembira kita menyambut syawal.

Cantik berseri melambai tangan,
Berkurung sopan si gadis desa;
Meriah Aidilfitri tanda kemenangan,
Saling bermaafan aman sentosa.

Koleksi Ucapan, Doa dan Pantun Selamat Hari Raya

Koleksi Pantun Raya - Selamat Hari Raya Terkini & Bergambar

Mercun meletup dibakar api,
Di malam hari di Aidilfitri,
Seronok sungguh di malam ini,
Menyambut kepulangan kesayangan hati.

Tepian paya nuri merata,
Kicau selesa ke tanah himpun;
Di pagi raya bermaafan kita,
Segala dosa moga diampun.

Indah sawah disinar mentari,
Hijau sekata dipandang mata;
Jalinkan ukhuwah di Aidilfitri,
Maaf dipinta sesama kita.

Koleksi Pantun Raya - Selamat Hari Raya Terkini & Bergambar

Hijaunya lembut si daun palas,
Tumbuh serumpun tetap menyerlah;
Raya disambut sepenuh ikhlas,
Memohon ampun silap dan salah.

Kayu dipahat wangi setanggi
Harumlah sudah istana lama
Sayu melihat Ramadan pergi
Syawal nan indah azan bergema

Bercecah kari ketupat palas,
Seimbang rasa bercampur santan;
Sambut Aidilfitri setulus ikhlas,
Berbilang bangsa erat ikatan.

Di pagi hari berkabut perang,
Anak bentara seberang tanjung;
Aidilfitri disambut girang,
Sanak saudara datang berkunjung.

Berbaju kurung cantik bergaya,
Seisi keluarga nampak berseri,
Riuh rendah dipagi raya,
Diucapkan salam aidilfitri.

Sayup terdengar takbir raya,
Mata berkaca syukur meraikan,
Hari raya Aidilfitri disambut gembira
Bersama tersayang dan rakan taulan.

Jalan raya diterangi suria
Raya Diraikan Hingga ke Malam
Hari Raya Hari Mulia
Eratkan Hubungan Hulurkan Salam

Koleksi Pantun Raya – Selamat Hari Raya Terkini & Bergambar

Berseri bergaya rakanku Tun Rahim,
Rakan berkereta sopan diutama;
Di Hari Raya eratkan silaturrahim,
Lupakan sengketa bermaafan kita bersama.

Pohon jambu pohon mengkudu,
Dahan dipotong dibuat ampaian,
Ramadan berlalu terasa rindu,
Syawal dirai penuh kesyukuran.

Terang sungguh cahaya pelita,
Anak kecil berlari-lari,
Salam dihulur ampun dipinta,
Gembira bersama di Aidilfitri

Koleksi Pantun Raya - Selamat Hari Raya Terkini & Bergambar

Pelita dipasang susun berlima,
Indah pandangan di malam likur;
Syawal datang takbir bergema,
Disambut dengan penuh bersyukur.

Merah merah si bunga raya,
Pokok bidara dihujung tanjung,
Sungguh meriah behari raya
Sanak saudara datang berkunjung,

Cenderawasih terbang belah angkasa,
Hinggap sebentar tepian kolam
Indahnya syawal kini menjelma,
Jernihkan kembali ikatan silaturahim

Panduan dan Cara Hidup Sebagai Seorang Islam

Koleksi Pantun Raya - Selamat Hari Raya Terkini & Bergambar

Harum semerbak pepohon gambir,
Bersantap kurma sebagai halwa;
Hati sebak mendengar takbir,
Aidilfitri menjelma gempita jiwa.

Melati tumbuh tepi pinggiran
Bunga tanjung gugur di sawah;
Meriah sungguh di hari lebaran,
Saling berkunjung jalinkan ukhuwah.

Purnama meniti manzilah tua
Berkat Ramadhan penuh kurnia
Sucikan hati murnilah jiwa
Rai lebaran Syawal mulia

Naik teksi ka Sura baya .
Setengah jalan rasa selesa .
Selamat menyambut aidilfitri yg mulia.
Semuga dirahmati Allah yg maha esa .

Salam dihulur menjalin ikatan,
Ukhwah Madani di hari raya,
Bersama kita menadah tangan,
Aidilfitri meriah hidup sentosa.

Kampung halaman jauh di sana ,
Bonda menanti belum berkhabar ,
Menung menahan keluh merana ,
Reda meniti senyum bersabar.

Menyinar kejora terang bercahaya
Awan terapong di balik sinarnya
Rasa teruja menanti hari raya
Balik Kampong terasa meriahnya

Seusai Ramadan Syawal menjelma,
Dirai bersama tanda kesyukuran,
Kunjung-mengunjung bermaafan sesama,
Syawal Madani indahnya lebaran.

Mekar mawar di laman seni,
Harum baunya meriakan hati;
Ramadan mendidik hawa insani,
Syawal mengeratkan ukhuwah sejati.

Indah nian alunan irama
Syahdunya Takbir di pagi hari
Salam dihulur bermaafan sesama
Anugerah Ilahi Aidilfitri disyukuri

Ibu ayah sangat sangat gembira
Menyambut anak cucu pulang beraya
Berlabuh tirai Ramadhan mulia
Satu syawal disambut gembira

Jauh merantau ke Negeri Orang
Rindukan pula Negeri Sendiri
Syawal disambut bersama tersayang
Ukhuwah bersemi terpahat di hati.

Ketupat palas penuh berinti,
Buat hidangan di pagi raya,
Kemaafan dipohon seikhlas hati,
Syawal disambut riang dan ria.

Kembang cempaka sungguhlah indah;
Burung berkicauan menambah seri;
Sebulan puasa tertunai sudah,
Syawal dirayakan nikmat disyukuri.

Menahan lapar hanyalah cubaan,
Menunggu berbuka di Kedai Londah,
Sebulan berpuasa penuh dugaan,
Tiba pula Aidilfitri nan indah.

Merak mengirai hati terpikat,
Hinggap merpati di pohon cemara,
Syawal dirai membawa berkat,
Aidilfitri dinanti semua gembira.

Sungguh indah pemandangan desa ,
Di sulam dengan gelak dan tawa ,
Tangan di tadah mohon pada yang Esa ,
Alhamdulillah Selamat Hari Raya semua.

Terang malam disinar pelita,
Indahnya laman tempat liburan,
Hulurkan salam leraikan sengketa,
Raikan kemenangan dengan kesyukuran.

Manis si dara berkebaya merah
Menghidang juadah dipangkin lama
Aidilfitri disambut penuh meriah
Tanda kesyukuran dirai bersama

Pohon rumbia pohon berangan,
Tegak berdiri si pohon ara,
Hari raya tanda kemenangan,
Raikan semua dengan gembira.

Sembah salam ayahanda bonda,
Mohon kemaafahan zahir dan batin;
Tautan kemesraan buat semua,
Minal aidin wal faizin.

Di pinggir paya bergayut jambu,
tupai meredah gugur merata;
di pagi raya memeluk ibu,
kenangan indah bermain di mata.

Sungguh Kenari riuh menciap,
intai Serigala meliarkan mata;
rendahkan diri bermohon maaf,
lupa segala bentuk sengketa,

Jauh perjalanan indah laksana,
Ilmu pelengkap jiwa nan mewah,
Barakah dikongsi penuh makna,
Syawal ditatang eratkan ukhwah.

Di malam raya himpun pelita,
Nyala selajur menyinar kelam;
Bersulam ceria ampun dipinta,
Segala terlanjur dibiar silam.

Neon gemerlap terang halaman
Songket lembut pakaian pilihan
Sudah genap puasa sebulan
Hari raya disambut penuh kesyukuran

Bunga api cantik berseri,
Pelita buluh menghias halaman,
Hari Raya menjelma kembali,
Tangan dihulur bermaaf- maafan.

Pelita hiasan berseni buluh,
Berseri lagi alunan irama,
Sedia menyusun jari sepuluh,
Aidilfitri dinanti kian menjelma.

Syawal meriah disambut berpada,
Kerlipan pelita terlihat silau,
Kenangkan ayah rindukan bonda,
Bergenang mata si anak perantau.

Sungguh indah sinar sang suria,
Takbir bergema menyentuh hati,
Syawal ibadah disambut bahagia,
Diraya bersama tersayang dinanti.

Raya menjelma indah suasana,
Cantik si dia bersama rakan,
Takbir bergema penuhi buana,
Syawal mulia kita raikan.

Carian Berkaitan: Koleksi Pantun Raya – Selamat Hari Raya Terkini & Bergambar